Cinta
Madinah
Saya mulakan dengan cerita
Cinta Madinah..tak silap saya cerita ni dah berlalu hampir berapa tahun dah,
masa tu bersiaran sekitar sepanjang bulan Ramadhan, memang minat dengan cerita
ni sebab pengambaran yang dijalankan adalah di sekitar kota mekah. Dan saya
suka latar tempat drama ni, masa mula2 tengok crita ni pun saya dah tertarik
sehinggalah saya ikuti cerita ni sampai ending..walaupun pengakhiran yang
‘tergantung’ seolah-olah ada sambungan seterusnya.. tapi saya suka cerita2
macam ni, sepatutnya industri filem Malaysia banyakkan lagi cerita2 seperti
ni..lau dekat Indonesia kaya dengan cerita2 islamik mereka, kenapa tidak
Malaysia juga bangkit dalam mengeluarkan filem2 yang bercorak islamik seperti
ini. Walaupun time tu tak silap saya drama ni disiarkan agak lewat juga sekitar
kul 11 malam, tapi sanggup juga nak tahu cerita seterusnya..sehinggakan mak
saya ketika itu pun tertanya apa yang menarik sangat dengan cerita ni..kadang2 mak la teman
saya tengok cerita ni..antara bait puisi yang terdapat dalam cerita ni tu yang
menambahkan cerita ini menarik sebenarnya..setiap kali melihat kepada latar
belakang drama ni pasti mak saya akan ceritakan keadaan bumi mekah, semakin
berminat saya untuk mendengar..bestnya lau satu hari nanti saya dapat
menjejakkan kaki ke mekah juga..insyaAllah satu hari nanti..
Cinta Madinah
Kembali kita berjauhan
Salam terpisah
Senyum tertahan
Rindu berbuah
Sayangnya merendang
Jauh begini hati teruji
Cinta Madinah dalam
lembayung
Dalam terlarang
Tersinar yang agung
Bertopang cinta padamu nabi
Di bumi Madinah
Menjadi saksi
Cinta Madinah mekar berseri
Sinaran malar terik mentari
Dijurai dingin malam
Terukir setiamu
Kunjungan rindu
Mengatur alam rindu
Cinta Madinah menyebar harum
Menyebar semarak dalam kasih
yang subur
Semarak dalam kasih cinta madinah
Novel
Arjuna Hati
Saya sebenarnya mengimpikan
novel ni sebelum ambil spm lagi, masa tu memang musim novel, hari-hari ada
novel baru kawan2 bawa. Dalam kelas tu boleh dah ulat buku jadinya..masa SPM
sepatutnya baca buku ilmiah kan, ni tak baca novel..hehe, hari2 macam tu la,
ble dikata demam novel time tu, bila tak habis baca pinjam sampai balik
rumah..baca2..mak saya pun jadi heran apa yang saya minat sangat baca novel ni..sebenarnya
banyak pengajaran yang boleh didapati dalam sesebuah novel tu..dalam pada itu
juga saya sebenarnya mengimpikan novel yang berunsurkan keagamaan. Kerana
kebanyakan novel pada ketika yang saya baca lebih kepada novel cinta semata.
Sebab itu bila terbaca sinopis arjuna hati, saya tertarik kerana ceritanya
berkisar kepada sejarah..lain dari kelompok cerita yang ada..niat nak baca saya
pendamkan sahaja..sehinggalah saya habis spm, dan ketika itu saya terserempak
dengan novel ni dekat kedai buku then saya beli. Itu adalah novel pertama yang
saya beli..ceritanya agak menarik juga..
Sinopsis cerita
Novel ini merupakan satu
percubaan untuk menjelajah masalah dan pengalaman merentas budaya, bukan dalam
kalangan penduduk Malaysia tetapi antara orang Melayu dengan orang British. Lebih
menarik peristiwa2nya berlaku di England pada zaman Victorian dan negeri-negeri
di tanah melayu iaitu Pulau Pinang dan Perlis, ketika British masih dalam
proses meluaskan pengaruhnya di kawasan ini. Usaha perintis ini memberi harapan
bahawa bidang novel di negara ini semakin berani menjalankan eksperimen supaya
para pembaca akan terdedah kepada proses globalisasi. Sering kali juga novel
memperkaya pengalamn seseorang daripada buku sejarah kerana novel menembusi
sanubari manusia, manakala sejarah yang biasa dismpan secara amoral, terpencil
dan tanpa emosi tidak dapat mewujudkan perspeltif yang real.
Terbitan : Alaf21
Harga sebenar: RM14.00
Jambu Batu
Jambu batu atau nama saintifiknya ialah 'Psidium Guajava' adalah satu daripada jenis buah-buahan Tropika yang berasal dari benua Amerika selatan yang tumbuh liar beratus-ratus tahun dahulu dan menjadi makanan orang-orang tempatan.
Jambu batu pertama kalinya ditemui oleh Gonzalo Hernadez de Oveido, seorang penjajah berbangsa Sepanyol di Haiti. Penjajah-penjajah Sepanyol yang datang ke benua Amerika Selatan telah membawa buah ini menyeberangi Lautan Pasifik ke Filipina pada tahun 1526, kemudian ia disebarkan ke Asia Tenggara dan Asia Timur serta Benua India oleh pengembara-pengembara Portugis pada awal abad ke 17.
Jambu batu dipercayai sampai ke Malaysia seawal abad ke 18 melalui aktiviti perdagangan di antara Malaysia dan India.
Jambu batu pertama kalinya ditemui oleh Gonzalo Hernadez de Oveido, seorang penjajah berbangsa Sepanyol di Haiti. Penjajah-penjajah Sepanyol yang datang ke benua Amerika Selatan telah membawa buah ini menyeberangi Lautan Pasifik ke Filipina pada tahun 1526, kemudian ia disebarkan ke Asia Tenggara dan Asia Timur serta Benua India oleh pengembara-pengembara Portugis pada awal abad ke 17.
Jambu batu dipercayai sampai ke Malaysia seawal abad ke 18 melalui aktiviti perdagangan di antara Malaysia dan India.
Jambu Air
Jambu air atau nama saintifiknya Eugenia Aquea Burm adalah tumbuhan dalam suku jambu atau Myrtaceae, Berasal dari daerah Indo China dan Indonesia, kemudian tersebar ke Malaysia dan pulau-pulau di Pasifik. Selama ini masih hanya sekadar manis menyegarkan, tetapi bentuknya mempunyai unsur keagamaan sekiranya diperhatikan.