Al-Kisah...

Malam Gemilang Sepuluh “Celebrating 15 Years Of Excellence” (19 May 2012)

Malam Gemilang Sepuluh yang ke-15 kali ini diadakan bertempat di Double Tree By Hilton. Kelainan yang terdapat pada dinner kali ini kerana jemputannya terdiri daripada pelajar antarabangsa, seiring dengan perubahan kolej kktaz kini yang menempatkan pelajar exchange..maka dinner kali ini turut menempatkan pelajar antarabangsa. Sayu rasa di hati di saat menyanyikan lagu kolej bersama-sama...lirik yang penuh makna..

Dinner kali ini saya tidak terlibat secara langsung sebagai ajk, walau bagaimanapun saya juga turut diberikan mandat untuk sama-sama turun padang dalam membantu unit tajaan/dana kerana sebelum ini saya pernah menjadi ajk dalam unit yang memerlukan semangat padu dari setiap ahli ini. Dinner ini merupakan dinner terakhir yang saya hadiri sebagai mahasiswi di universiti malaya ini..kiranya penutup la sebelum exam bermula..Pelbagai persembahan pada malam itu, dan persembahan yang menarik hati saya ialah alunan melodi daripada pelajar korea (moon) yang membawakan 3 lagu menggunakan piano. Antara lagu yang saya ingat “kembali senyum”.. J
with my fren khai

my rumet wit korea students..moon

suasana mgs..

with rina, khai n moon

with my rumet, khai n nyzaa

berakhir malam gemilang sepuluh (MGS) yg ke15...



Kerjaya pengawetan dalam Muzium, Dewan semarak APM 08 May 2012

Dalam sesi ini kami ditunjukkan cara-cara mengawet binatang dan boleh jadi juga mengawet manusia..diperjelaskan juga kaedah pengawetan ini dalam konteks agama. Banyak informasi yang diperlohi sepanjang sesi yang diadakan bertempat di Dewan Semarak APM ini...

kucing

Burung raja udang

Ikan kelisa

kursus taxidermy..


Ekspedisi Gua Tempurung, Gopeng, Perak 28 April 2012


Ekspedisi ini merupakan anjuran Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan saya bersama dengan adek2 junior yang lain join this programme..nak dikatakan ikut program ni pun macam satu mimpi..sebab kenapa..terlibat pun boleh la dikatakan last minute dan perjalanan pun cuma 2 hari satu malam..sangat singkat waktunya namun banyak kenangan yang saya perolehi dari ekspedisi ini..tercabar juga kekuatan fizikal apabila terpaksa melalui beratus-ratus anak tangga, melalui terowong, merangkak dan melalui lorong yang penuh dengan batu-batuan..bukan itu sahaja kekuatan mental juga turut diperlukan apabila terpaksa melalui satu aras yang agak tinggi dan kami terpaksa menjatuhkan diri..saat ni memang mendebarkan..peristiwa yang saya tak boleh lupakan sudah tentu lah tentang kasut saya..nak tau pa yang terjadi? tapak kasut saya tanggal dan satu kesilapan saya lakukan kerana saya terus menanggalkan tapak tersebut dan ini menyebabkan   kaki saya terasa batu-batu yang ada..sepatutnya tapak itu tak perlu ditanggalkan, sebaliknya boleh diikat..thats the moral of the story..sekian untuk entry kali ini..sebenarnya banyak lagi peristiwa yang berlaku, biarlah kenangan itu disimpan untuk pedoaman di masa akan datang...:) thanks kepada adek2 junior yang telah berjaya memujuk saya untuk join this program..hehe..

sesi bergambar sebelum balik bersama dengan pelajar UMP



Pameran dan Aktiviti Melukis Seni Warisan (25-26 April 2012)

Pameran dan Aktiviti Seni Warisan merupakan salah satu tugasan untuk subjek JFEA Pemeliharaan Khazanah Seni di Alam Melayu. Projek ini membawakan tema 'Living Our Heritage'..dengan kerjasama antara Muzium Seni Asia, Galeri Seni Universiti Malaya,Perpustakaan Universiti Malaya dan Akademi Pengajian Melayu pastinya. Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik sepanjang program ini antaranya persembahan lagu keroncong, pameran seni warisan, lukisan di dinding, origami dan melukis tentunya..syabas dan tahniah diucapkan kepada yang terlibat dalam menjayakan projek ini..

AJK yang terlibat bersama dengan pensyarah EN. Aziz..
Antara peserta yang berjaya menghasilkan lukisan..tahniah Nisa'


Dedicated for my Rumet Birthday.. (14 April 2012)

Selang sehari dengan Maltis adalah birthday rumet saya, ketika itu memang dah plan awal2 lagi, alhamdulillah surprise saya menjadi..:)




Malam Tautan Kasih (Maltis) (13 April 2012)

Malam Tautan Kasih atau MALTIS yang merupakan acara tradisi yang paling bermakna kepada mahasiswa dan mahasiswi tahun akhir yang mengikuti pengajian di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Dengan kata lain, majlis ini bagi meraikan pelajar-pelajar semester akhir yang bakal konvo bersama-sama nanti..insyaAllah dalam bulan Oktober..:)

Mahasiswa/wi APM tahun akhir sesi 09/10

waida, hakima, kak noi, khairiyah, me, thiah, syila, siah, syarifah, aisyah
sitah n mira


Sabah Nite 2012 (17 Mac 2012)
Sabah Nite kali ini membawakan tema "macam di KK" dan majlis ini diadakan di kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor..antara acara yang diadakan pada malam itu tentunya persembahan tarian,persembahan nyanyian artis Sabahan seperti Adam, Nera, Yazer, Ekin dll..selain itu terdapat juga acara anugerah pelajar cemerlang, dan majlis ini sememangnya melibatkan pelajar IPT DAN IPTS di Semenanjung Malaysia..majlis ini dirasmikan oleh YB Dato. Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal.
Upacara Perasmian
Nyzaa
Usai Majlis sebelum balik..;)

26 Februari 2012..
Alahamdulillah, akhirnya selesai jua program jejak ke menara gading (PROJEKMEGA) anjuran MPMUM bertempat di kunak, sabah pada 24 Januari sehingga 1 Februari 2012. saya kongsikan sedikit sebanyak gambar yang sempat dirakamkan sepanjang program tersebut..

Menunggu bas dari um ke lcct dlm kul 3 ptg..
ketibaan di airport k.kinabalu
melawat ke galeri ums
berdekatan dengan pejabat canselor
taman kinabalu, kundasang..dalam perjalanan ke destinasi
@UMS
BERSAMA YB NILWAN KABANG WAKIL ADUN KUNAK

26 Oktober 2011 sweet 22..

Alhamdulillah..umur saya kini sudah mencecah ke 22 tahun, sungguh tak sedar dengan masa yang berlalu, sempena hari lahir ini saya tidak menjangkakan ada sesuatu yang berlaku..rumet saya buat surprise..rasa terharu kerana pada mulanya saya mengira dia sendiri tidak tahu akan tarikh hari lahir saya..thanks to my rumet..jika di rumah pastinya ada bacaan doa kesyukuran dan doa selamat tapi memandangkan jauh di perantauan, hanya doa restu dalam ku meniti kejayaan yang kuharapkan dari mak ayah di sana..sujud syukur ku padamu ya Allah memanjangkan usia ku ke saat ini..

kek ni sangat sweet..luv it



MALAM GEMILANG SEPULUH KE-14 (KKTAZ)

catatan 25 Mac 2011 (Jumaat)

Sudah lama juga ingin saya terbitkan catatan ini namun kerana sibuk dengan komitmen lain, kehendak ini terpaksa ditangguhkan buat seketika, memandangkan ada masa yang terluang ini saya ingin kongsikan sdkit sbyak kenangan sepanjang annual dinner kolej kktaz..

Jika tahun lepas tema annual dinner ialah bertemakan warna fairuz atau terquoeze pada kali ini pula bertemakan Prome Nite n Masquerede, buat kali kedua saya menjadi ajk, namun tugas yang dipikul pada kali ini lebih berat berbanding yang sebelumnya. Pada kali ini, sya telah diberi kepercayaan sebagai pen.ketua pengarah untuk unit dana dan tajaan..pada awalnya, tidak dinafikan sy ingin menarik diri dari mandat ini, kerana bimbang tidak dapat memikul tugas yang diberikan apatah lagi sy tidak ada pengalaman dalam bidang tugas ini disamping adanya komitmen lain. Berkat dorongan dari rakan2 unit lain, sy teruskan jua..walaupun pada awalnya banyak dugaan melanda..alah bisa tegal biasa..

Masalah besar yang timbul adalah kelewatan untuk mendapatkan surat kebenaran dari pihak HEP, sy tidak dapat berbuat apa-apa melainkan menanti jawapan dari pihak mereka. Masalah ini menyebabkan sya terpaksa menangguh beberapa agenda yang telah dirancangkan. Saya mula mendapat surat kebenaran tersebut pada awal bulan3, bermaksud sya hanya mempunyai lebih kurang 3 minggu untuk mendapatkan tajaan dari mana-mana syarikat. Walau sibuk macam manapun dalam menghadiri kuliah dan tutorial, sya akan pastikan sentiasa 'follow up'..dalam menanti..kesabaran juga sering teruji.. komitmen amat dituntut..

Walau apapun yang terjadi..alhamdulillah..akhirnya sya berjaya mendapatkan tajaan seperti yang diharapkan. Annual dinner telah pun berlangsung dengan jayanya..satu kepuasan buat diri ini, kerana walau payah mcam manapun..sebenarnya pengalaman sepanjang mendapatkan dana dan tajaan itu adalah satu kenangan yang tak akan sya lupakan, satu pengalaman baru..banyak yang sya belajar..terima kasih kepada insan-insan yang sudi memberikan tunjuk ajar kepada sya..sepanjang memegang mandat ini satu prinsip yang sya pegang.."sekali anda melangkah..maka teruskanlah..."