Catatan Hari Ini

Catatan 25 MEI 2012 (Jumaat) bersamaan 04 REJAB 1433H



Alhamdulillah, selesai kuliah terakhir sebagai mahasiswi UM semalam..tepat dengan itu mak ayah call, rindu rasanya..menjadi pengubat untuk membakar semangat ini, kerana ada misi yang lebih hebat lagi lepas ini, EXAM! Ini adalah exam terakhir saya, peluang terakhir saya untuk membaiki pointer yang memerlukan saya all out..wah, mcm tu? Hehe..mmg mcm tu pun..nak buat sehabis mungkin..buat yang terbaik..mak ayah, terima kasih kerana anda sentiasa ada di sisi walau diri kita terpisah jauh..kerana anda selalu ada di hati ini.. ‘pejam mataku, dan kulihat mak ayah tersenyum sambil berbicara dengan ku..indah nya mimpi semalam..’ nak mimpi mcm tu lg.....

Disini saya nak share tentang pesta ko k yang berlangsung semalam, sem ini buat kali kedua saya mengambil subjek ko k, untuk sem lepas dah ambil fasilitator dan kali ini saya mengambil subjek teknik temuduga..alhamdulillah banyak manfaat, dan penyelia yang memeriksa semalam pun banyak bagi saya ilmu dalam temuduga nanti, insyaAllah..terima kasih atas penerangan yang singkat tetapi penuh manfaat itu. Sempat juga melihat beberapa persembahan sebelum ke kelas terakhir yakni kelas penulisan..

Buat dirimu, doa ini selalu ada untukmu..walau dimana pun dirimu berada ketika ini, semoga bahagia itu milik kita satu hari nanti..insyaAllah..jalan kita mungkin berbeza selepas ini tapi mungkin matlamat kita sama... 


Antara arca yang menarik..

Ikan emas

Pari-pari

The cutez..:)

Kek

Angry Bird

Burger..

Family...

'Teknik Temuduga' sesi 11/12










Catatan 18 MEI 2012 (Jumaat) bersamaan 27 JAMADIL AKHIR 1433H


Alhamdulillah..hampir 3 tahun berpijak di bumi universiti malaya ini..terlalu banyak kenangan yang tak mungkin akan aku lupakan..segala kenangan pahit manis ada..namun benarlah kata orang yang pahit itu jua yang pasti akan manis saat dikenang nanti..

Sejenak dalam ingatan...

'Seperti semalam baru menjejakkan kaki ke universiti malaya..bagaimana sebelum melangkah ke menara gading ini ayah begitu sukar melepaskan diri ini untuk meniti hidup tanpa perhatiannya kelak, apatah lagi diri ini yang tidak pernah berjauhan dengan mak ayah..benar, ayah mahu aku menolak tawaran ini, dan lebih memilih  untuk aku menjadi seorang guru..tapi ini adalah impianku,  jika diingat saat itu, tidaklah semudah itu memujuk ayah, mujur mak memahami..dengan bantuan dan dorongan keluarga akhirnya ayah merelakan jua pemergianku. Tidak  mampu ku tatap wajah ayah di saat detik melepaskan aku pergi..di terminal itu..aku tersenyum mengaburi tangisan di hati kerana aku mahu tunjukkan pada mereka yang aku mampu hidup berdikari..sedangkan aku tidak tahu rupanya ujian menantiku..

Tiga tahun telah berlalu..pernah suatu ketika ingin kuhentikan perjuangan ini, namun ayah dan ibu tidak pernah berputus asa memujuk diri ini untuk meneruskan.. “sekali anda melangkah maka teruskanlah..tidak lama..3 tahun sahaja..” ketika itu sehari terasa setahun..sedangkan aku harus menunggu selama 3 tahun..kupujuk jua hati ini demi melihat masa depan..

Nyata..sudah masuk ke tahun 3..dan semester ini bakal melabuhkan tirainya...'

Sejenak aku merasa...

'Usai dua tahun ia berlalu, terlalu banyak yang kita lalui..ketahuilah bahawa aku bahagia walaupun keadaan kita berliku..aku faham maksudmu..namun janganlah disalahkan andai satu saat kesabaran mulai teruji..kerana umpama ombak ada pasang surutnya...senyuman  tidak terukir tidak bermakna hatiku benci..malah aku tahu itu, jangan ingat aku tidak lihat..kuhargai semua itu..janganlah disalah tafsir pula orang yang tak senyum itu..dia juga manusia yang ada perasaan..jangan fikir aku tidak peduli semua itu..aku mau dirimu tahu yang aku ikhlas menyayangimu..dan selebihnya biarlah kusimpan..kerana aku sendiri tidak tahu takdir kisah ini..

Sebelum qalam berakhir, maafkan aku jika sepanjang kisah ini aku banyak menyakiti mu..ketahuilah bahawa aku jua merasakannya...kalaupun kita harus berpisah..doaku akan selalu ada untukmu..salam kasih dari kejauhan..semoga kasih ini kekal abadi..itu doaku, kalau tidak di dunia biarlah di akhirat sana..mungkin disana nanti kita akan lebih mengerti..dengarlah kasih, aku ikhlas menyayangimu..jikalau tidak, pasti semua ini tidak akan pernah terjadi...tetapi yang terjadi tetapi akan terjadi...pada ku, yang berlalu biarkanlah berlalu...'



sebenarnya diri ini rindu padamu...


Catatan 23 Disember 2011 (Jumaat) bersamaan 28 Muharram 1433H

Akhirnya berakhir jua pesta ko k semalam bermakna berakhir jua segala tugasan untuk semester kali ini, tinggal tunggu nak exam sahaja..seperti biasa saat2 macam ni kebanyakan pelajar um tak melepaskan peluang untuk kembali ke rumah sebelum exam bermula..saya seperti biasa..tidak menjadikan jarak yang memisahkan ini sebagai satu masalah dalam diri saya, malah keadaan ini menjadi pembakar semangat saya untuk kembali dengan keadaan yang lebih bermakna lagi setelah menjawab exam dengan sebaiknya..oleh yang demikian...sebelum balik kena lah study betul2..tak boleh nak fikir benda lain dah..insyaAllah “mak ayah sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anda di sana”..doa restu mak ayah sentiasa mengiringi dan saya tidak boleh kalah dalam perjuangan ini..saya rasa dia pun akan balik, mungkin pagi ini..saya tak pasti..namun dimana pun dirinya berada semoga dia dalam keadaan yang baik2 sahaja..teringat pula dengan ‘amanat terakhir’ ni..mungkin belum masanya nak serahkan kepada pemiliknya..saya yakin satu saat nanti..insyaAllah..

Berkenaan dengan pesta ko k semalam, bermacam-macam persembahan yang dapat disaksikan antaranya seni mempertahankan diri, deklamasi puisi, koir, apresiasi pelbagai alatan muzik, teater, dikir dan tarian..memang hebat..untuk subjek yang saya ambil tidak memerlukan persembahan sebaliknya menyediakan booth untuk pameran..melihat pameran semalam, saya tertarik dengan booth yang menyediakan pameran lukisan..cantiknya..teringin pula nak melukis, dah lama saya meninggalkan seni lukisan ni..masa yang ada kadang2 mengekang keadaan..kerana melukis memerlukan masa, ketenangan, kesabaran dan fokus..insyaAllah satu saat nanti..saya harap akan ada masanya nanti saya melukis semula..mungkin subjek untuk seni sem depan nak ambil lukisan...mungkin...sebab rindu la nak melukis..ni masih dalam perancangan..selain itu, saya singgah di booth yang menyediakan asas nukilan puisi, sempat saya bertanyakan akak yang ada dekat situ, saya tertarik dengan puisi yang dia hasilkan..nama dia akak yanie student api, antara yang saya tanya macam mana dia nak hasilkan puisi tu..dia kata boleh hasilkan ilham dimana-mana sahaja tapi nak menzahirkan ilham tu memang bukan perkara mudah tapi perlu untuk digesa..maksudnya ilham yang ada dijana diminda harus dibentuk pada masa melahirkan puisi itu..baru saya faham, saya fikir ilham tu kena tunggu waktu yang sesuai sahaja..tapi tak ilham tu harus digesa dan dicipta..saya memang minat puisi, ditambah-tambah lagi setelah mengenal insan yang bermakna ini..saya suka dengan bait-bait indah yang dihasilkannya, sehinggakan saya sendiri cenderung menghasilkan puisi..insyaAllah akan diupload..apa2pun jom melihat beberapa keping gambar yang sempat saya ambil semalam..


ni booth fasilitator(pemudahcara)..sem ni saya ambil fasi..



sweet kan..



seni lukisan

seni cat air cina..sakura

seni lukis kaca


Catatan 20 Disember 2011 bersamaan 25 Muharram 1433H

Alhamdulillah selesai persembahan seni untuk hari ini bermakna berakhirnya jua tugasan untuk subjek yang saya ambil pada kali ini, tinggal menunggu hari kemuncak ko k insyaAllah bermula esok dan lusa ini..setelah itu..exam pun menanti..

bersama shila sebelum persembahan

InsyaAllah sem pertama di tahun tiga ini bakal melabuhkan tirainya, apa yang perlu difokuskan sekarang adalah exam pada kali ini kerana hasrat di hati ingin mendapatkan pointer yang lebih lagi dari sem sebelum ini..semoga dipermudahkan..Alhamdulillah semua tugasan dapat disiapkan sebelum tarikh penghantarann sebenar, hal ini menjadi kepuasan dalam diri saya sendiri, masa yang ada tidak lah terlalu mendesak ataupun menekan diri, sebaliknya saya rasa lebih tenang mengadapinya, mungkin kerana sudah berada di tahun terakhir ini, seperti juga ada pepatah mengatakan ‘alah bisa tegal biasa’..alhamdulillah..paper yang saya ambil pada sem ini juga adalah pilihan saya sendiri, dan saya berpuas hati, pilihan itu terletak di tangan kita sendiri, setelah melakukan pemilihan jangan berpatah balik tapi teruskan..insyaAllah akan ada jalannya, sekalipun jalan yang dipilih itu penuh dengan onak ranjau yang berduri..biarlah jalan hidup di dunia ini penuh dengan kepahitan tetapi jangan di akhirat sana...dan ketahuilah dengan ujian ini lah yang mendekatkan diri kita kepada sang Khaliq.. selalulah meminta petunjuk dan hidayah dari Allah kerana Allah itu sangat hampir kepada hamba2nya seperti firman Allah:



"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat daripada nadi lehernya.“
                                                                                                       (surah Qaaf : 16)   

Cuti kali ini singkat dari empat minggu kepada dua minggu sahaja kerana selama dua minggu akan terlibat dengan projekmega anjuran mpmum. Semoga urusan ini dapat direalisasikan seperti yang direncanakan.

Catatan 16 Disember 2011 bersamaan 22 muharram 1433H

Keletihan yang melanda sepanjang hari menyebabkan tidak sukar untuk daku melelapkan mata, namun tersedar pagi itu terasa sesuatu, perasaan yang terasa seperti tidak berapa dahulu, semacam..terasa tidak sedap hati, entah kenapa daku teringatkan sesuatu, tergerak dihati ini untuk mengucapkan kata2 itu, usai menghantarnya terasa lebih tenang sedikit, gelora yang melanda perasaan sedikit demi sedikit mulai reda. Sebelah petangnya pula ada raptai sempena hari ilham seni, terserempak dengan seorang teman yang hendak pulang ke rumahnya di negeri sembilan seminggu  sebelum study week, sambil menunggu bas kami berbual-bual sehinggalah dia menjawab segala persoalan yang menjadi punca keresahan daku pada pagi itu..ya Allah..sungguh tidak terduga hal itu berlaku, patut la terasa tidak sedap hati sahaja..semoga dia diberi kekuatan...sayu hati ini tatkala mendengarkan khabar berita itu..terasa begitu hampir dan dekat dengan dirinya...'kadang-kadang kita hanya perlu melaluinya sahaja...' wallahu’alam...

Catatan 4 Disember 2011 bersamaan 9 Muharram 1433H

Syukur Alhamdulillah..membuka hati ini dan dirinya untuk memulihkan semula ukhwah yang sedikit renggang beberapa masa lalu. Syukur ya Allah kerana memberikan jalan keluar dari kemelut ini...manusia kadang-kadang seharusnya memerlukan ujian itu, kerana tidaklah dikatakan beriman seseorang itu sekiranya tidak menghadapi ujian. Semoga ada hikmah yang tersembunyi disebalik kejadian yang berlaku, saya yakin ini. 

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “kami telah beriman, dan mereka tidak diuji?” (Al-‘Ankabut:2)

Dalam meniti sebuah ujian, salah satu yang harus ada dalam diri kita, tentulah sabar..saya yakin dengan ketentuan takdir Allah, membuat saya mengerti akan makna sebuah kehidupan, membuat saya lebih menghargai akan kehadiran insan-insan yang hadir dalam hidup saya, dan yang lebih utama lagi..mendekatkan diri ini kepada Allah swt..kerana hanya kepada Allah kita berserah, daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali..Innalillahiwainnailaihirojiun.. sesungguhnya Allah telah menyedarkan kepada manusia bahawa semua yang ada di alam fana ini hanyalah sementara, nikmat dunia hanyalah bersifat sementara..maka bersyukurlah atas apa yang telah diberikan kepada mereka. Sungguhpun pahit untuk merasa kehilangan namun telah saya rasakan bagaimana hidup ini apabila kehilangan itu menjadi satu titik akhir dalam hidup saya, sungguh Allah telah menguji manusia..dan tidak ada manusia yang mampu melawan takdir hanya apabila Allah mengatakan jadi maka jadilah..kun fayakun..

Adam dan Hawa..nyata kesabaran telah menjadikan Jabal Rahmah padang Arafah menjadi saksi pertemuan di 10Muharram itu..Subhanallah..


Catatan 13 November bersamaan 17 Zulkaedah 1432H 

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..alhamdulillah masih diberikan umur yang panjang sehingga dapat menikmati hidup di alam fana sehingga ke saat ini..seminggu cuti berlalu, akhirnya terbuka hati saya untuk membuka blogs yang sdah agak lama sya tak update, dengan imej baru saya menukar mood 'hijau' untuk kali ini sementara itu beberapa catatan yg lain jga sy trpaksa delete insyaAllah akn dikemaskini, dengan warna hijau terasa lebih tenang dengan melihat rimbunan hutan..alangkah indahnya jika dapat ke tempat tersebut, boleh juga saya tenangkan minda ini, sakit kepala dalam beberapa hari akibat pencemaran bunyi, agaknya inilah yang dikatakan suasana kota, penuh dengan kesibukan dan pelbagai pembangunan tapi sebaliknya 'sakit'.. insyaAllah saya tengah menyiapkan beberapa karya, akibat masa yang agak terhad saya tdak mampu untuk menyiapkan dengan sepenuhnya, jadi belum masanya untuk saya update lagi..insyaAllah dimasa akan datang..

my flora