Bila Hati Bicara



Akan ku Jumpa..

Ku mengatur langkahku
Jalan tanpa bayang-bayangmu
Langit dan bumi setia menemaniku
Matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganmu
Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir dirimu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakin kau kan ku temui
Ku takkan pernah cuba berhenti
Wajahku mencari cinta
Yang ku tahu hanya tuk diriku
Kan ku terus cari sampai hujung dunia
Kerna ku tahu akan ku jumpa diri mu
Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu

Ku lihat semua gembira
Bila mengenali erti cinta
Senyuman ku beri hanya duka
Bila ingin teman tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
Andai ku kabur mencari
Hadirlah dalam hidupku ini

Cinta jangan engkau pergi
Bila langkah ku cuba
Untuk mengejar dirimu






Sabar dan Ikhlas~

‘Dulu pernah terbaca kisah dua sahabat, si A selalu dibuli oleh si B, si A akan tulis di pasir agar ‘luka’ hatinya cepat ditiup angin..tapi apabila si B berbuat baik kepadanya, si A akan ukirkan di batu agar dia tidak akan sesekali melupakan kebaikan sahabatnya itu..’

Realitinya aku sendiri telah melaluinya, sememangnya telah ku terapkan dalam diri ini, memang benar sukar untuk melupakan kejahatan orang dengan hanya mengenangkan saja kebaikan orang tu..tapi percayalah dengan berbuat sedemikian..kita pasti akan sentiasa tenang selalu..

Dua perkataan yang ibu selalu ingatkan kepadaku.. ‘sabar’ dan ‘ikhlas’..menjadi insan yang baik itu sememangnya bukan mudah, kesabaranlah yang paling utama dan jika kita ikhlas insyaAllah semuanya perkara akan menjadi mudah..dua perkara inilah yang sukar tetapi kesannya sangat mendamaikan..itulah yang cuba ku praktikkan..menenangkan diri, bermuhasabah dan beristiqamah..siapa yang tidak mahu jadi baik..dan kadangkala menuju destinasi itu juga acap kali diri ini akan jatuh tersungkur..peritnya bukan kepalang..hanya kekuatan luar biasa yang mampu mengangkat semangat ini kembali..teringat aku kisah dua orang sahabat ini..semasa aku mula2 menjejakkan kaki ke menara gading..sungguh banyak kenangan kami..biarlah..semoga dia bahagia..sebenarnya aku sayang sahabatku itu..cuma mungkin fikiran ketika itu belum matang..kerana peristiwa itu juga banyak mengajar diriku erti ketabahan..jika tidak tidaklah aku jadi seperti diri ini pada hari ini..dan seringkali juga peristiwa lalu menghantui diriku, tidak dinafikan itu..dengan berbekalkan semangat keazaman..ingatlah bahawa masa depan masih ada..hidup harus diteruskan..yang berlalu biarkan berlalu..




Sifat Manusia

Sikap kita yang tidak selesa dengan orang lain, apatah lagi jika orang itu senang atau lebih daripada kita. Benar, ini bukan rekaan semata tapi inilah realitinya dan mungkin ia boleh dijadikan satu pengajaran yang aku perolehi sepanjang merantau di negeri orang selama hampir 3 tahun..

Bila kita jadi jahat, orang akan benci...bila kita jadi baik, orang akan meluat...

Bila kita ikut urusan agama...ada orang akan kata kita berlagak alim...
Bila kita langgar suruhan agama...ada orang akan kata “Astagfirullah...apa
La nak jadi..dah nak kiamat ke?...

Bila pula kita ikut peraturan...ada orang akan kata kita skema...
Bila kita langgar peraturan...ada orang akan kata kita ni macam tak ada
Masa depan...!

Bila kita tegur dengan baik...ada orang akan kata kita bajet bagus...
Bila kita tegur dengan kasar...ada orang akan kata kita kurang ajar...! tunjuk samseng...!

Bila kita pakai sopan-sopan...ada orang akan kata kita ni “style kampung giler...”
Bila kita pakai dedah sana-sini...ada orang akan kata kita tak ada harga diri
Sebab asyik tayang free jer...

Bila kita bagi nasihat...ada orang akan kata “jangan sibuk jaga tepi kain orang, boleh tak...!”
Bila kita sindir-menyindir (tangan ke dada mata ke atas), ada orang akan
Kata kita tak pandai nak bagi nasihat

Bila kita tolong buat kerja..ada orang akan kata “yang sibuk nak
Tolong buat kerja lain kenapa??”
Bila kita tak tolong apa-apa...ada orang akan kata “apesal pemalas sangat
nie? Tak susah pun kalau tolong..!

Tidak itu sahaja, sebenarnya ramai orang lain yang tidak berpuas hati dengan kita...apa yang kita buat semua salah...semuanya tidak betul di mata mereka...kalau buat salah sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata...

Inilah sifat manusia..yang cantik tapi tidaklah cantik sangat tidak pula bergaul dengan semua...mereka mengibaratkan cantik tak layak berdampingan dengan orang sembarangan..yang lain pula..si pengkhianat dan batu api pula sentiasa akan mengambil kesempatan bagi melaga-lagakan antara dua pihak. Perkara ini sering berlaku kononnya ingin lindung kawan baiknya...apalah baiknya? Sekadar “menjamu” dengan hartanya itupun bukan miliknya..

Yang orang buat salah cepat-cepat mereka akan burukkan, akan post dekat Facebook demi meraihkan populariti murahan dari kaki ampu yang lain untuk menunjukkan dia tidak bersalah dan ramai yang berpihak dengannya. Usah berpolitik jika tidak kenal politik, usah terus menengking jika tidak tahu punca...

“jika berani bersemuka...jika takut memang hanya tahu melalak di timeline sahaja...”

Kita tidak berhak menghina orang lain samada melalui post, blog, percakapan serta perbuatan..jika kita rasa mulia dan profesionalisme itu bertakhta di hati, kita sepatutnya hebat mengatasi permasalahan...berdepan-depan bagi menyelesaikan..jika perlu bergaduh kerana sedikit perselisihan faham...tak perlu uji akal tengok fizikal pun sudah nampak...

Segala keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mulakan...perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan Allah swt terhadap kita bukan pandangan manusia..kita kena hitung dan siasat terlebih dahulu...ambillah masa 30 saat untuk melahirkan 3 perkataan ini saat jiwa dalam kemarahan
“Betulkah tindakan aku...?”



~Diam~
kadang sukar untuk dimengertikan..

diam dan senyum... : )

its me..sometime..
Soal DIAM.

Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi komen,
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam menegur,
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi nasihat,
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam memprotes,
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam persetujuan,

tapi

Biarlah DIAM kita mereka faham ertinya,
Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya,
Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya,
Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya,

kerana

DIAM kita mungkin disalah tafsir,
DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka,
DIAM kita mungkin disilap diterjemah,
DIAM kita mungkin tidak membawa apa-apa maksud,

justeru itu
jika kita merasakan DIAM itu terbaik, seharusnya kita DIAM,
namun seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak,
berkatalah sehingga mereka DIAM.

"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". (Riwayat ABU NAIM)

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (Riwayat BUKHARI & MUSLIM)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (Riwayat AT-TARMIZI)

ya Allah,Rabbi yassir walatua'sir ya Allah...

Jangan Engkau tinggalkan urusanku kepada diriku sendiri walau sekelip mata,perelokkanlah segala urusanku samada untuk perkara dunia dan juga hal akhirat ya Allah...

Luas ampunan Mu melebihi banyak dosa-dosaku,maka ampunilah aku ya Rahman...
Kerahmatan Mu lebih ku harapkan daripada amalanku,maka rahmatilah aku ya Rahim...






 
Hati-Hati Berkata atau Menaip

Mafhum hadis ke 15 dalam matan hadis 40 Imam Nawawi, Dari Abu Hurairah r.a bhw Rasulullah S.A.W bersabda: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia berkata akan yg baik atau hendaklah ia diam. Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Barangsiapa beriman kpd Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan tamunya". (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim) "

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras. ( (Hamka).

Berhati-hatilah kamu dalam mengatakan sesuatu tentang agama Allah SWT, jangan kamu cepat menghukum dengan sesuatu yang kamu jahil tentangnya kerana ianya telah diperingatkan oleh Rasulullah Saw kepada Abu Dzar r.a. Nabi bersabda: "Hai Abu Zar, jika engkau ditanya sesuatu yang tidak engkau ketahui, jawablah saya tidak mengetahui supaya selamat dari tanggungjawabnya, dan jangan memberi fatwa terhadap apa yang engkau tidak ketahui, supaya selamat dari siksa Allah swt pada hari kiamat."

Disarankan oleh Rasulullah Saw kepada kita untuk memperbanyakkan kata-kata yang baik (Minda Positive & Hati Positive Menjadi Doa Tanpa Sedar), atau jika sememangnya yakin kita akan mengeluarkan kata-kata yang tidak baik, maka lebih baik mendiamkan diri. Pastinya untuk mengelakkan kita daripada mengeluarkan kata-kata yang mampu menambahkan saham dosa yang mungkin sahaja sudah sedia tinggi di bursa saham dosa milik kita. Silap berkata ada yang terasa, silap berkata orang melihat keaiban kita, silap berkata kita pula yang membuka keaiban orang, silap berkata macam-macam perkara tidak baik keluar dari mulut. Mulut juga boleh jadi sebagai pusat utama untuk melakukan dosa.

Bukan susah nak berkata-kata. Tidak memerlukan penggunaan tenaga yang banyak. Namun, semuanya bukanlah bermakna kita hanya perlu diam sepanjang masa. 'Berkata baik atau diam'. Banyak sebenarnya perkara-perkara baik yang boleh kita sampaikan. Kita disarankan untuk lebih berfikir sebelum mengeluarkan kata-kata supaya apa yang kita perkatakan tidaklah sampai dipandang sebagai kata-kata buruk. Mungkin kita perlu lebih berhati-hati dalam menuturkan kata-kata. Kerana kata-kata itu sebenarnya berbisa. seseorang boleh membunuh hanya kerana kata-kata dan boleh juga dibunuh kerana kata-katanya. Hebat, penangan sesuatu yang dinamakan 'kata-kata'. Berhati-hati juga, kita bertanggungjawab di atas apa yang kita sampaikan. Semakin banyak kita berkata-kata lebih banyak peranan kita terhadap kata-kata sendiri. Kerana itulah adanya istilah 'diuji dengan kata-kata sendiri'.

Jangan pula sampai terbantut niat menyampaikan kebaikan hanya kerana bimbang menyakitkan hati sesiapa. Berdoalah, agar kita dapat menjadikan kata-kata dan penulisan kita dalam bentuk yang berhikmah serta semoga Allah segera menyedarkan kita apabila kita sendiri lalai dengan kata-kata kita sendiri.

Kerana kata-kata itu boleh menjadi pemberat timbangan untuk ke syurga dan boleh juga menjadi laluan ke neraka.