Jumaat, 18 Mei 2012

Mengenali Tokoh Sasterawan Wanita Dr. Zurinah Hassan




Zurinah Hassan merupakan salah seorang karyawan wanita yang banyak menyumbang bakti dalam dunia kesusasteraan Melayu. Beliau mempunyai kekuatan, gaya dan identiti yang tersindiri sehingga boleh dikesan melalui karya-karya yang dihasilkannya dalam pelbagai genre.


Zurinah Hassan merupakan pengkarya wanita Melayu yang berjaya mengharumkan nama negara ke peringkat antarabangsa. Antara pencapaian yang pernah diraih beliau adalah kemenangannya dalam meraih anugerah S.E.A Write 2004 oleh YTM Ratu Sirikit, Thailand pada 12 Oktober 2004. 


Berkata tentang puisi dan hasil karyawan wanita pula, nama Zurinah Hassan memang tidak asing lagi sama ada dalam kalangan peminat, mahu pun dalam kalangan pengkaji-pengkaji Puisi Melayu Moden. Pada sekitar tahun 70-an, Zurinah Hassan bersama-sama dengan pengkarya wanita lain seperti Zainon Ismail dan Zaihasra memonopoli dunia penulisan puisi. Walaupun menghasilan karya dalam pelbagai genre seperti puisi, cerpen, novel dan risalah nyata kekuatan beliau jelas terserlah dalam  genre puisi.






Biodata Dr Zurinah Hassan

Nama: Zurinah bt. Hassan                                                       
Tarikh lahir: 13 Jun 1949
Tempat lahir: Bakar Bata, Alor Setar, Kedah Darul Aman.           
Alamat Tetap: No.2, Jalan Pinggir, 8/1L, Seksyen 8, 40000 Shah Alam, Selangor.
Makanan Kegemaran: Makanan tradisional
Minuman Kegemaran: Kopi dan Teh
Mula Berkarya: Pada usia 12 tahun
Status: Berkahwin
Tahun Berkahwin: 1978
Nama Suami: Encik Mohamed Said bin Abdul Manap
Nama Anak:
1) Siti Raihana
2) Ainul Huda
3) Muhd Taufiq
4) Muhd Faiz
5) Aina Mastura

Antara Buku yang memuatkan karya Dr. Zurinah Hassan


Sajak: Dilema seorang Melayu

Maka bangkitlah seorang Hang Jebat
suaranya meningkah angin
melantun ke anjung istana Melaka
“ Raja adil raja disembah,
raja zalim raja disanggah.”

Terkejut Hang Tuah mendengar berita penderhakaan
gementar tubuhnya menyambut titah sultan
sambil tunduk memikirkan
Hingga air matanya mengalir
tidak tertahan-tahan
dadanya bagai akan pecah
dihempas gelombang serba salah.

Alangkah sukarnya membuat keputusan
untuk setia kepada raja yang zalim,
dan menzalimi kawan yang setia.

Bukan mudah untuk membuat pertimbangan
di antara membantah seorang tuan,
dan pentingnya mempertahankan ketuanan
melawan kerenah seorang raja
dan memelihara sebuah kerajaan.



Sehingga kini masih heboh diperkatakan sama ada Hang Tuah pernah wujud ataupun sebaliknya. Bagi Dr. Zurinah Hang Tuah sangat bermakna dalam kehidupan orang melayu dahulu mahupun dalam situasi sekarang. Sajak ini dihasilkan pada era 80-an dan termuat dalam buku antologi sajak Pujangga Tidak Bernama terbitan DBP 1994. Sajak ini berkisar pada perlawanan atau pertikaman antara Hang Tuah dan Hang Jebat yang amat mahsyur dalam memori orang-orang Melayu. Sajak ini bertemakan dilema yang dihadapi oleh Hang Tuah dan Hang Jebat. Beberapa orang penyair termasuk Usman Awang telah menulis sajak dan drama berdasarkan episod ini. Ramai juga yang mempersoalkan siapa sebenarnya diantara mereka berdua.

Dr. Zurinah pula berfikir tentang sisi yang lain iaitu dilema yang dihadapi oleh Hang Tuah. Dalam dilema seorang Melayu, terlihat betapa Hang Tuah amat terkejut mendengar berita tentang penderhakaan Hang Jebat. Dia tahu bahawa Hang Jebat menderhaka kerana memprotes tindakan raja membunuhnya tanpa usul periksa. Tetapi apabila bendahara datang membawa titah sultan untuk membunuh Hang Jebat maka berlakulah konflik yang amat hebat dalam diri Hang Tuah hingga “dadanya bagaikan pecah/dihempas gelombang serta salah” sukar baginya membuat keputusan untuk setia kepada raja yang zalim dan menzalimi kawan yang setia. Hal yang dipertimbangkan oleh Hang Tuah ialah kedudukan raja sebagai simbol kerajaan. Tanpa raja melayu akan wujud lagikah kerajaan melayu. Walaupundia tahu raja juga banyak karenahnya. Bukan mudah untuk membuat pertimbangan melayan karenah seorang raja dan memelihara sebuah kerajaan. Bagaimana dia harus membantah seorang tuan kerana tuan itulah yang pada fikirannya berfungsi untuk mempertahankan ketuanan.


Tips For Interview..




Rabu, 22 Februari 2012

Dedicated for my future husband..

KERANA KAU IMAMKU
Imamku,
Di saat kau menegur kesilapanku,
Semakin terpesona diriku kepadamu,
Kutahu di sudut hatimu,
Kasih tulus suci nan ikhlas,
Demi meluruskan jalan-jalanku,

Imamku,
Tika kau diutuskan hadir dalam hidupku,
Tiada kata yang mampu kubahasakan,
Merafak syukur kepada khaliq minannas,
Kerana kau impianku selamnya,
Cukuplah engkau yang pertama dan terakhir
Dalam hidupku.

Imamku,
Pimpinlah daku ke jalan yang diredhai
Sungguh kumengharapkan cintamu
Hanya dirimu yang mampu
Mengubati rasa di jiwa ini.

Ya Allah,
Hanya kepadaMu kusandarkan harapan,
Kerana Engkau lebih mengetahui,
Andai namanya yang tertulis di luh mahfuz,
Andai diriku ditakdirkan sebagai pendampingnya,
Temukanlah kami dalam taman-taman
Sakinah mawaddah warahmah,
Berkatilah kami sehingga ke taman-taman syurgaMu
InsyaAllah..




Sajak ibu dan ayah

Ibu,
Kasih yang kau berikan,
Umpama laut yang tiada bertepian,
Saat madahmu menghiasi hidupku,
Menjadikan diriku lebih mengenal,
Erti kehidupan.

Ibu,
Ingin sekali kubelajar nilai keikhlasan darimu,
Kasih yang kau hulurkan
 tiada sempadannya.

Ibu,
Inginku belajar erti sabar darimu,
Memberikan perhatian
 penuh pengertian.

Ibu,
Inginku belajar erti ketabahan darimu,
Tidak pernah berputus asa dalam membimbingku,
Agar taat menjalani perintah agama.

Ibu,
Inginku belajar nilai kesetian lahiriah darimu,
Setia menemani pendamping disisi,
Dalam susah mahupun senang.

Ibu,
Kata-kata azimat mu akan kusimpan
Tersulam indah dalam hati ini
Buat pedoman diriku.

Ayah,
Menjadi inspirasi,
Menemani suka duka kehidupanku,
Memberikan ku semangat tika kegagalan,
Membentuk diriku menjadi insan yang berguna,
Kepada agama, masyarakat dan negara.

Ayah,
Tidak pernah jemu menegur khilafku,
Mendidik diri agar menjadi
Wanita solehah.

Ayah dan ibuku,
Kasihmu tersemat dalam sanubariku
Tiada kata indah yang mampu kutuliskan
Kepadamu,
Hanyalah mampu kukatakan
Aku sayangkan kamu..
Ayah dan ibu..

Ya Allah,
lindungi ayah dan ibuku..
Temptkanlah ke dalam syurgamu..
Jauhkan mereka dari nerakamu,
Amin ya Rabb..

Hasil nukilan..azzahRa


Embun Pagi

Setitik embun dihujung daun berkilauan,
Azzahrahnya memukau pandangan,
Menjadi ingatan sebelum mentari menyapa.

Duhai embun pagi,
Sinarmu menjadi inspirasi,
Hadirmu menyerikan atmosfera di pagi hari,
Dinginmu menyelimuti hangatnya semalam,
Lembut dan mendamaikan.

Masihkah kau sudi menyambut fajar,
Andai esok masih ada?
Begitulah setianya sang embun,
Sekalipun hadirnya hanya sementara,
Tetapi jangan disanggah kesetiannya,
Penantiannya nan abadi,
Tidak pernah berubah,
Tetap disitu,
Sekalipun sirna dimamah udara,
Ia tetap disitu,
Setia menemani,
Selagi esok masih ada,
Selagi ada rindu di hati..


nukilan:azzahRa