I'am Bugis


Salah satu suku yang terdapat di sabah ialah suku kaum bugis, dan saya merupakan salah seorang daripada suku kaum ini. Mak ayah saya sememangnya berketurunan  bugis. Untuk itu, dalam entri kali ini saya akan memperkenalkan sedikit sebanyak berkenaan suku kaum bugis ini. Tidak dinafikan bahawa suku kaum ini cukup kuat dengan adat pantang larangnya. Walau bagaimanapun turut disesuaikan dengan agama dan peredaran masa. Untuk mak ayah saya begitu jarang menggunakan bahasa bugis di rumah menyebabkan saya hanya mampu mendengar ketika sanak saudara berbahasa bugis..hurm..setakat dua tiga kata sahaja bolehlah..ada juga belajar2 sikit dari mak, tapi untuk belajar bahasa ni sebenarnya harus dipraktikkan..di rumah memang jarang guna bahasa ni..kerana lebih kepada bahasa melayu. 


Selain dari bahasa suku kaum bugis juga ada tulisannya yang tersendiri..tapi itu pun saya tak sempat nak belajar..xpa kita beralih pula kepada adat dan pantang larang suku kaum ini..antaranya, suku ini sangat menitikberatkan sifat menghormati orang tua, tetamu dan sahabat handai..maruah keluarga sangat dipentingkan. Soal adat perkahwinan pula, suku ini sangat menggalakkan perkahwinan sesama keluarga..maksudnya dari suku bugis juga dan biasanya dari kalangan sepupu dalam jarak antara sepupu satu kali dua kali dan bau bau bacang pun boleh..^^, tapi dalam keadaan ngeri sabah yang kaya dengan sukunya, maka sudah banyak juga berlaku kahwin mix dengan  suku yang lain..xyah g jauh.. kerana melihat kepada kakak saya pun, dua2 berkahwin dengan suku selain dari bugis...kira melanggar adat ke macam tu? Kita melihat kepada agama..kerana dalam agama tidak meletakkan syarat bangsa itu sebagai penghalang kepada perkahwinan..

Ok lah, untuk yang seterusnya, saya ingin menceritkan bahawa suku kaum bugis juga terkenal dengan juadah masaknnya..antaranya sanggar pappe, barobbo’, ikan baulu, kapurung, kuih muih yang manis2 belaka..dan banyak lagi..
 
Ini adalah sanggar pappe, nak buatnya senang saja..sediakan pisang yang belum masak, kulit masih hijau lagi..selesai kupas goreng dengan separuh masak, dah tu naikkan n pisang tu akan diketuk sehingga jadi leper, dah leper goreng semula, bila dah nampak kuning2 keemasan tu..maka sanggar ini bolehlah dinaikkan dan untuk lebih berselera hidang dengan sambal..biasanya dekat umah sediakan dengan sambal tomato..nyummy..
 
Seterusnya ni pula barobbo’, ni salah satu makanan kegemaran saya, ni kena sedia jagung, beras, daun bawang, daun sup, udang basah, daging ayam or apa2 sahaja mkanan laut, sayur sawi pun boleh lau nak letak, bawang goreng..ada lada sula jua yg buat mknan ni ada pedas2 skit..
Ni masa mula2 dulu saya tak suka mknan ni, ikan baulu kerana ikan ni banyak tulang..then bau dia ada lain2 jg..tapi ayah saya bagi sya try mkan daging ikan ni, then rasa mmg sdap ada rasa mcm lemak2..lepas dri situ saya da suka mkan ni, dan mak pun slalu buat masakan ni..mmg sedap..
 
Okey, ni namanya kapurung..dapatlah saya katakan masakan yang kaya dengan sayur-sayuran..kerana kebanyakan bahan2nya adalah sayur, then dalamnya ini ada kanji..saya sebenarnya tak sbrapa suka, mak pun jarang buat dekat umah ni..tp tak la bad pun rasa dia..^^
 
Ni pula salah satu kuih talam bugis, kuih ni memang manis, dan kebanyakn kuih-muih bugis bersifat manis..ni salah satunya..tak boleh makan banyak sangat coz mmg manis..biasa jumpa dalam majlis kahwin bugis..
Berongko

Ayam Masak Lengkuas

Karipap/Jalan Kotek
Sawak

Palopo

Kapurung

Sup Daging

Burasak

Bajek Kacang

Gambang/Tapai

Ais Jelly

Onde-onde

Pisang Ijo

Nasu Bale

Sup Saudara

Sambal Tomat

Perkedel

Bujabuk/Serunding

Bandang Lojo/ Kalimbu

Agar-agar Gula Merah

Taripang/Sawalla

Sokko

Beroncong

Bale Tunu

Baulu Pecak

Kuih Koci

Tumisi Unga Kaliki/ Tumis Bunga Papaya

Pallu Basa

Sayur Paria

Lawa Bale
Lalampa