permata hati...


cinta FANA vs cinta ABADI

“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya”
(HR. Al-Hakim)

"Lawan zuhud ialah cinta dunia. Yakni orang yang hatinya terpaut dengan dunia atau mencintai dunia. Sama ada dia boleh memiliki dunia atau tidak, sedikit atau banyak, maka ternafilah sifat zuhudnya. Antara dunia itu ialah harta, yakni yang berupa wang, emas, intan berlian, rumah, tanah, kebun dan lain-lain lagi."

"Dunia ini sifatnya mempesonakan macam gadis cantik yang menggamit-gamit. Siapa yang terpandang semua akan jatuh hati. Jadi siapa saja yang memandang atau memiliki gadis cantik ini tidak lepas dari tertarik atau tergoda padanya. Begitulah juga dengan orang yang cinta dunia. Sudah pasti dunia itu akan mempesonakannya. Orang ini tidak akan dapat lepas lari dari ditipu daya olehnya. Allah nyatakan hal ini di dalam firman-Nya:"Dan kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya." (Al Hadid: 20 / Ali Imran: 185)
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka (karenanya) dan kepada Rabblah mereka bertawakkal, (QS. 8:2) orang-orang yang mendirikan solatt dan yang menafkahkan sebagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. (QS. 8:3) Itulah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan memperoleh beberapa darjat ketinggian di sisi Rabbnya dan ampunan serta rezeki (nikmat) yang mulia. (QS. 8:4)

''Cintailah sesuatu itu sekadarnya saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, kemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika.''


 3 CIRI KEBENARAN CINTA

Ahli Hikmah Berkata...

Bahawa kebenaran cinta terdapat dalam tiga perkara :

1)  Akan memilih perkataan dari yang dicintai lebih dari perkataan orang lain. ( Kita akan mengutamakan Firman Allah SWT melebihi kata-kata manusia kecuali Sabda Rasulullah SAW).

2) Akan memilih kedudukan bersama orang yang dicintai daripada duduk bersama dengan orang lain. ( Kita akan mencari peluang untuk bersama Allah SWT daripada bersahabat dengan musuh Allah SWT ).

3) Akan memilih keredhaan orang yang dicintai daripada memilih keredhaan orang lain. ( Kita akan sentiasa mencari keredhaan Allah melebihi keredhaan makhluk ).

Begitulah kebenaran dan keutamaan yang kita persembahkan kepada Allah sebagai bukti kita hanya akan mendahulukan Allah Azzawajala dalam semua aspek...