Rabu, 22 Februari 2012

Dedicated for my future husband..

KERANA KAU IMAMKU
Imamku,
Di saat kau menegur kesilapanku,
Semakin terpesona diriku kepadamu,
Kutahu di sudut hatimu,
Kasih tulus suci nan ikhlas,
Demi meluruskan jalan-jalanku,

Imamku,
Tika kau diutuskan hadir dalam hidupku,
Tiada kata yang mampu kubahasakan,
Merafak syukur kepada khaliq minannas,
Kerana kau impianku selamnya,
Cukuplah engkau yang pertama dan terakhir
Dalam hidupku.

Imamku,
Pimpinlah daku ke jalan yang diredhai
Sungguh kumengharapkan cintamu
Hanya dirimu yang mampu
Mengubati rasa di jiwa ini.

Ya Allah,
Hanya kepadaMu kusandarkan harapan,
Kerana Engkau lebih mengetahui,
Andai namanya yang tertulis di luh mahfuz,
Andai diriku ditakdirkan sebagai pendampingnya,
Temukanlah kami dalam taman-taman
Sakinah mawaddah warahmah,
Berkatilah kami sehingga ke taman-taman syurgaMu
InsyaAllah..




Sajak ibu dan ayah

Ibu,
Kasih yang kau berikan,
Umpama laut yang tiada bertepian,
Saat madahmu menghiasi hidupku,
Menjadikan diriku lebih mengenal,
Erti kehidupan.

Ibu,
Ingin sekali kubelajar nilai keikhlasan darimu,
Kasih yang kau hulurkan
 tiada sempadannya.

Ibu,
Inginku belajar erti sabar darimu,
Memberikan perhatian
 penuh pengertian.

Ibu,
Inginku belajar erti ketabahan darimu,
Tidak pernah berputus asa dalam membimbingku,
Agar taat menjalani perintah agama.

Ibu,
Inginku belajar nilai kesetian lahiriah darimu,
Setia menemani pendamping disisi,
Dalam susah mahupun senang.

Ibu,
Kata-kata azimat mu akan kusimpan
Tersulam indah dalam hati ini
Buat pedoman diriku.

Ayah,
Menjadi inspirasi,
Menemani suka duka kehidupanku,
Memberikan ku semangat tika kegagalan,
Membentuk diriku menjadi insan yang berguna,
Kepada agama, masyarakat dan negara.

Ayah,
Tidak pernah jemu menegur khilafku,
Mendidik diri agar menjadi
Wanita solehah.

Ayah dan ibuku,
Kasihmu tersemat dalam sanubariku
Tiada kata indah yang mampu kutuliskan
Kepadamu,
Hanyalah mampu kukatakan
Aku sayangkan kamu..
Ayah dan ibu..

Ya Allah,
lindungi ayah dan ibuku..
Temptkanlah ke dalam syurgamu..
Jauhkan mereka dari nerakamu,
Amin ya Rabb..

Hasil nukilan..azzahRa


Embun Pagi

Setitik embun dihujung daun berkilauan,
Azzahrahnya memukau pandangan,
Menjadi ingatan sebelum mentari menyapa.

Duhai embun pagi,
Sinarmu menjadi inspirasi,
Hadirmu menyerikan atmosfera di pagi hari,
Dinginmu menyelimuti hangatnya semalam,
Lembut dan mendamaikan.

Masihkah kau sudi menyambut fajar,
Andai esok masih ada?
Begitulah setianya sang embun,
Sekalipun hadirnya hanya sementara,
Tetapi jangan disanggah kesetiannya,
Penantiannya nan abadi,
Tidak pernah berubah,
Tetap disitu,
Sekalipun sirna dimamah udara,
Ia tetap disitu,
Setia menemani,
Selagi esok masih ada,
Selagi ada rindu di hati..


nukilan:azzahRa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan